ULAR SAWA BATIK

31 Ogos 2019 - Rabu / Kg. Kobong. 

Pulau Banggi -  Ular Sawa Batik sepanjang dalam anggaran 2.5 meter dan seberat 6 kilogram telah berjaya ditawan oleh  4 orang angggota APM yang bertugas ketika itu. 

Menurut anggota APM, Ular Sawa jenis batik tidak mampu bergerak ke mana - mana kerana ular itu telah menelan seekor ayam yang berada dalam reban.

Pengadu berkata, ketika mereka sekeluarga bersarapan di perkarangan rumah, kedengaran bunyi bising ayam lalu mereka menjenguk dan mendapati seekor ular sawa berada dalam reban itu. Mereka hubungi talian kecemasan MERS 999 untuk mendapatkan bantuan. 

Kes Berjaya. 

Utamakan Keselamatan Tanggungjawab Kita Bersama. 

Photo by : Anggota bertugas Pulau Banggi. 
Credit by : Jas Tasraip / PRO PDPA Kudat.

Ulasan

Catatan Popular