ELAK SEBELUM TERKENA SENGATAN

10 September 2019 - Perumahan Jabatan Pertanian. 

Kudat - Tidak disangka pokok di sebelah rumah ada Sarang Tebuan. 

Detik cemas itu disedari oleh pengadu yang dikenali sebagai Hisnuddin Bin Alip ketika membakar sampah di perkarangan rumahnya. Sebagai langkah berjaga - jaga dengan tindakan yang bijak, pengadu segera membuat panggilan ke talian kecemasan MERS 999 untuk mengelak kejadian yang tidak diingini. 

Sepasukan anggota APM yang diketuai oleh Sarjan(PA)Muhd.Fadhli Abdullah dan 3 anggota yang lain telah berjaya menangani kes tersebut. 

Sekiranya anda memerlukan bantuan kecemasan hubungilah ke talian kecemasan MERS 999 atau terus hubungi ke talian 088622656 ( APM Daerah Kudat ) 

Anda tidak digalakan untuk bertindak sendirian, serahkan kepada yang pakar. 

utamakan Keselamatan Tanggungjawab Bersama. 

#pdpakudat
#apmsanasini
#apmsiapsiaga

Photo by : Team Alpha
Written by : Jas Tasraip
Public Relations(PRO)Unit of the PDPA Kudat.


Ulasan

Catatan Popular