KANAK - KANAK SESAT
KHIDMAT MASYARAKAT.
7 Sept. 2019 - Sabtu/Kg. Perpaduan Ria 2
Kudat - Seorang kanak - kanak lelaki berusia antara 4 - 5 tahun sesat.
Kedengaran suara tangisan seorang kanak - kanak lelaki yang berada di tangga pengadu, Dengan prihatin dan rasa tangungjawab, pengadu yang dikenali sebagai Yajid Bin Ogi telah meminta bantuan seorang kawan untuk menghubungi APM untuk mendapatkan Khidmat Bantuan.
Pihak APM mendapat aduan telefon sekitar masa 0415H. APM telah menghubungi Pihak Polis mengenai kejadian itu.
Ketika dihubungi, Pihak Polis memohon agar mangsa dihantar ke Balai Polis untuk tindakan selanjutnya. Pihak APM sedia membantu pengadu untuk menghantar mangsa berkenaan.
SILA PERHATIKAN KEBERADAAN ANAK - ANAK KITA.
#pdpakudat
#apmsiapsiaga
#apmsanasini
Photo/Written by : Jas Tasraip / PRO PDPA Kudat.
Ulasan
Catat Ulasan